Wednesday, December 30, 2009

(^_^)

Kau cintaku,
Engkau cinta terakhirku,
Tiada apa yang dapat menafikan kasih kita.

Kau sempurna dimataku,
Satu antara seribu,
Tiada tara didunia.

Mungkin kan terputus di tengah jalan,
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan,
Usah ragu dengan takdir.

Mungkin kitakan berbeza haluan,
Berakhirnya cerita percintaan,
Segalanya ketentuan Tuhan.


Bagaimana harus kita meneruskan,
Percintaan yg terluka masa lalu,
Andainya kau sendirian dan,
Kau masih lagi mencariku,
Disini aku menantimu.

Kenangilah saat indah kau dan aku,
Waktu itu hidup kita romantisnya,
kita berjalan bersama-sama,
Akhirnya aku kau tinggalkan.

Sejarah cintaku yg lalu,
Hanyalah ujian bagiku,
Sekiranya kau menongkah arus,
Ku masih ada disini,
Seandainya aku tiada lagi,
Simpanlah cintaku di dadamu Oh sayang.

Cuba kau ingat kembali masa lalu,
Kasih ku teguh buatmu,
Walaupun ku terluka namun ku bersabar,
Dan masih menyayangi.

Andainya kau ada yg lain waktu ini,
Apalah daya ku lagi,
Terpaksalah aku membawa diriku,
Dan hanya Tuhan saja yg mengerti.

Kalaku mengelamun sendirian,
Berderai air mata di pipiku,
Kerana terlalu ku menghayati,
Kau pergi dariku tanpa pesan.

Disitu hatiku yg terluka ini,
Terpahat namamu,
kaulah kekasih.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space